Mari Meneroka Sensor Robot
17 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mei 2026, tiga orang peserta telah menonton video pembelajaran bertajuk Mari Meneroka Sensor Robot melalui platform NADI Book. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenis-jenis sensor yang digunakan dalam robotik serta fungsi setiap sensor dalam membantu pergerakan dan operasi robot.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa jenis sensor seperti sensor penglihatan, sensor jarak, sensor sentuhan, sensor kedudukan, dan sensor persekitaran. Selain itu, peserta turut mempelajari fungsi kamera untuk membantu robot mengenal pasti objek, penggunaan sensor ultrasonik dan inframerah untuk mengesan halangan, serta peranan sensor suhu dan kelembapan dalam mengesan keadaan persekitaran. Peserta juga diberi penerangan mengenai bagaimana sensor membantu robot bergerak, mengesan lokasi, dan bertindak balas terhadap persekitaran dengan lebih cekap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: